Kisah KMP

Alhamdulillah. Dah hampir setahun duk menimba ilmu dekat negeri orang,29/04/14 tamat sudah pengajian kami dekat KMP nun jauh dekat Perlis sana haa. Macam-macam perkara yang aku belajar dekat sana: bukan setakat apa yang cikgu-cikgu ajar je. Belajar berkawan dengan orang, belajar sengsara bila mesin ATM rosak. OMG!!! Seksa dia macam apa tah.Sampai kena tahan makan jugak la. Krohh krohh krohh. Belajar dok menyorak sakan-sakan time Karnival Dinamika, time sukan antara blok. Belajar kena bola futsal dekat kepala. Perghh!Sakit gak ah. Belajar ada kawan-kawan kaki selfie dalam kelas, dalam bilik. Belajar tengok movie sampai pagi buta.

Aku ni jenis yang pakai baju kuliah sempoi-sempoi je. Baju kurung biasa je. Takde manik yang berkeliauan. Serious. Mujur roommates aku pun begitu. Bangun pagi pun bisa-biasa je. Tak la awal sangat. tak la lambat sangat. Time orientasi pun takde la kena bangun awal- awal sebab faci suruh. Takde pun.Syukurlah.


Dekat sini nak share sikit (sikit ke?) gambaq selfie kami. Jangan terkejut bila tengok betapa sikitnya. Hahahahaha.
















______________________________________________________


Sekian!


Terima kasih kerana sudi membaca