2011-2012 | Awesome |
Hii. Assalamualaikum. Ehh awak dekat sana tu. Haa. Awak dekat sana tu. Nak dengar story tak? *Alaa. Kalau taknak dengar pun, aku kesah ape. Ni kan belog aku. Suka hati I lah ! Hee:)
SURAT CINTA BUAT TEMAN. Haha :)
Buat:
Aika|Echa|Sakura|Najaa|Syiqin
Bie|Aten|Shirot|Una|Elida
Amal|Cheng|Momoi|Jiha|Emy
Nazwa|Natt|Pipah|Syaza|Aina
Subell|Ati
Dear my lovely #DormOneLegacy,
First sekali aku nak cakap yang aku SAYANG korang sangat-2. Walaupun aku tak sampai 2 tahun together-2 dengan korang, korang sentiasa dalam memori aku. Takkan terdelete punye lahh. Kite dah lalui macam-2 bersama since form 4 right ? Ingat tak kes diary tu? Dua kali dalam 2 tahun kite masuk bilik cikgu Minah. What a terrible experience man. Aku tak pernah lupa sikit pun. Mungkin ada antara korang lupe kewujudan aku lepas aku tinggalkan korang pada 8 Julai 2012. Aku keluar bukan niat untuk lupakan korang. Aku enjoy dengan korang. Tapi the problem is I can't study in group, dear. Memang terharu sangat bila tengok Jihaa dengan Shirot nangis. Sorry kawan. Aku takde niat pun nak buat kau nangis. Lepas aku keluar, tiap-2 pagi aku datang jenguk korang kan? Nampak tak aku SAYANG korang. Tapi memang aku terasa sangat bila aku keluar je dari dorm tu, ada yang macam nak taknak je layan aku macam biasa. Yee. Aku tau aku ni bukan lagi sebahagian daripada korang. Banyak yang aku taktau apa yang terjadi dekat korang. Lepas aku rasa yang ada antara korang macam tak SENANG dengan kehadiran aku pagi-2 buta tu, aku jarang singgah dorm korang. Aku taknak ada yang marah aku, aku pun undur diri je la. Setiap pagi, aku pegi kelas sorang-2 sebab taknak masuk dorm tu lagi. Yee. Lama jugak aku mengelak untuk tak masuk dorm. Sampai la satu saat tu, aku dengar korang kena mental bully dengan budak lelaki, aku datang jengah korang untuk bagi semangat dekat korang. Rasa sedih jugak bila tengok mata sorang-2 bengkak semacam je. Tapi memang aku dah agak benda macam ni akan terjadi. Sebab tu aku cepat-2 tukar nama twitter aku. Aku mintak maaf. Aku bukan kawan yang terbaik. Sepatutnya kita lalui sama-2, tapi aku takde dengan korang.
Ingat lagi dulu kita selalu snap gambar sama-2. Tapi lama-2 gambar aku pun dah takde dalam memory camera korang. Takpe. Aku tak amek hati pun. Tarikh 4 Jan 2011, buat kita kenal dormates kita. Lepastu, kena orientasi yang bodoh tu. Ahh. Tu laa orientasi paling teruk pernah aku lalui. Dari situ je lah kita tau sape yang paling becok sekali. Haahhah. Then, sorang-2 keluar dari dorm Maryam tu. Homesick la katakan. Yang paling aku ingat, bila tengok Ati nak naik katil. Maklumlah orang katil atas kan. Dah tu bila dah naik, takut pulak nak turun. Hehehe. Ati, Ati. Comel je. Masa perbincangan malam kebudayaan, first time nampak Jihaa. Tiba-2 cakap "Eh. Putihnye budak tu. Anak mat saleh ke? Hahaha". Jihaa masa mula-2 selalu duduk Dorm 4. Dah lama-2 tu baru dia ngam dengan kita kann. Jihaa, you're just like a baby. Jihaa dulu kena teruk dengan senior. Kesian dia. Tapi dia cool je. Cayalah Jihaa. Then,aku rapat dengan Shirot. Entah bila boleh rapat entah. She's a talkative person. Macam-2 yang terjadi dekat Dorm kita. Segala kenangan kita sikit pun aku tak pernah lupa. Hanya Allah je yang boleh tarik ingatan aku dekat korang.
Haa. Satu lagi moment yang takkan aku lupa sampai bila-2. Time kita stay up hanya untuk hias dorm kita. Aku ingat tarikh tu 27.4.2012. Ingat tak kita buat carta organisasi sama-2? Then, kita main cat-2. Kita amek tema HARIMAU MALAYA. What a sweet moment ever. Aku rasa ni je la buat masa ni. Aku tak kesah pun bila ada yang mungkin tak layan aku yang bukan lagi ahli #DormOneLegacy ni. Aku mintak maaf sebab tak jadik KD yang terbaik untuk korang. But I lebbiu . Ikhlas ni :)
By,
Nur Aisyah Afiqah
a.k.a
Amoy
Terima kasih kerana sudi membaca