Aku, Dia & Mereka

Assalamualaikum w.b.t... Lama dah gua tak update blog ni. Berhabuk dah. Hahaha. Gua banyak sangat benda nak share dengan kalian.


1. Gua diberi tawaran belajar di Kolej Matrikulasi Perlis dan UiTM di Melaka. Kolej Matrikulasi Perlis tawarkan gua course Perakaunan. Course yang gua amek masa Form 4 & Form 5. Haa. Subjek cikgu Hamid.. The best cikgu everrrr.

Tapi yang UiTM tu bagi tawaran Diploma Sains Komputer. Gua minat ni. Mana la tau kalau amek course ni boleh ikut jejak langkah Steve Job. Hehehe..



Masalahnya gua taktau nak menuju ke mana. Kalau pilih matriks, dah la jauh nun sanunn tu. Perlis wehh. Ketakkk lutut wehh. Lepastu, bila dah habis matriks,belum tentu gua ditawarkan course perakaunan dekat U nanti. Then, kalau gua pilih UiTm, ayah gua cakap ramai dah amek course tu. Tapi gua minat arr course tu.  SeriousTalk laa. Okayy. Habis dah citer tu.. Pandai2 la gua nak pilih mana.


2. Kami batch 95 TTJ baru saja kehilangan rakan seperjuangan iaitu arwah Mohd Azim dari kelas Mechy 3. Arwah hanya dikenali dengan nama Jong. Hmm. Tak usah la kita sebut2 pasal arwah.

Point yang gua nak sebut sekarang ni ialah "Bila gua dah takde nanti, ada tak orang yang merindui gua?" "Ada tak kawan2 gua datang ziarah gua buat kali terakhir?" "Berapa ramai orang yang datang solatkan jenazah gua?" "Macammana keadaan gua bila mati nanti?" Soalan macam ni selalu bermain dalam kepala gua. Yelahh kan. Sapa yang tak takut mati kan. Semua takut. Semua umat Islam nak mati dalam Islam. Tapi berapa ramai je yang hidup cara Islam. Gua takut sangat bila dapat berita orang meninggal. Sebab satu je perkara yang selalu bermain dalam kepala gua "Entah2 esok hari aku pergi buat selama-lamanya."

Gua akui gua bukanlah seorang umat Islam yang warak. Gua hanya umat Islam yang cetek ilmu agamanya. 


3. Pada 14/5--16/5 yang lalu *cehh. Dah macam nak buat cerita lak* Hehehe. Takde lahh. Gua dan rakan gua pergi holidayyy... Wuhuuuuuu!!!!! Seronok gilaa wehh. Dah lama tak tidur ramai2 macamtu. Kiteorang pergi holiday dekat kampung je. Even kampung je, tapi seronok sangat. Kiteorang holiday dekat Homestay Kampung Lonek a.k.a rumah Aika. Banyak aktiviti kiteorang buat. Yang paling best, mandi Jeram laa... Perghhh. Dah lama gua tak mandi sungai. Hahahaha..

Gua satu bilik dengan Shirot, Elida, Ecah, Natt dan Nazwa.. Memang best arr satu bilik dengan Shirot. Kemas je bilik kau. Hahahaha. Sayang kau, Shirot :)


Terima kasih kerana sudi membaca